Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agus akan dipanggil sekali lagi beri keterangan: Ketua Polis Negara | Scoop

Agus akan dipanggil sekali lagi beri keterangan: Ketua Polis Negara

Rakaman percakapan itu sepatutnya disambung hari ini tetapi Agus tidak sihat

10:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan.

Ia susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan jabatan itu yang tular sejak petang semalam, didakwa telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semalam PDRM telah memanggil Agus untuk diambil keterangan.

“Sepatutnya hari ini sambung (rakam keterangan) tetapi beliau (Agus) tidak sihat,” katanya.

Razarudin berkata, lokasi untuk menyambung rakaman percakapan Agus akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain.

Agus pada sidang medianya semalam di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan laporan polis berhubung perkara berkenaan sudah dibuat. – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related