Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
'Saya bukan Mr H' kata pegawai kanan J-Kom dalam kes Agus dan Wahab | Scoop

‘Saya bukan Mr H’ kata pegawai kanan J-Kom dalam kes Agus dan Wahab

"Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?": Hakim

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KoM), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee menafikan beliau adalah ‘Mr H’ seperti yang didakwa dalam video suntingan ‘Agus-Wahab’.

Hakim menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa beliau sebagai Mr H itu sangat berniat jahat.

“Saya tak boleh beri kenyataan lanjut kerana dituduh oleh Raja Petra. Saya pun tak tahu, saya rasa (Mr H) bukan saya kot, salah orang ini.

“Saya tak boleh beri pandangan lanjut mengenai perkara ini dan sudah dinasihatkan tidak berbuat demikian. Namun, saya nafikan (dakwaan Raja Petra). Apa kena mengena dengan saya pula?

“Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Datuk Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media malam tadi – Gambar Scoop/Azim Rahman, 18 November, 2023

Semalam, bekas Ketua Pengarah, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung klip panggilan video antaranya dan seorang lelaki lain yang tular di media sosial, dengan berkata perbualan lucah antara mereka telah disunting.

Beliau berkata demikian pada sidang media malam tadi susulan peletakan jawatannya secara mengejut semalam.

Agus menafikan perbualan lucah yang kononnya berlaku dan menegaskan ia telah disunting.

Sebaliknya, beliau dan seorang penolong pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang menyertai agensi itu pada 1 November lalu, berbual “biasa”.

Sementara Wahab pula mendakwa ‘Mr H’ dalang komplot menjatuhkan Agus.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan ‘Mr H’ di pejabat beliau bulan ini dan sejak itu beberapa pertemuan diatur termasuk dibawa ke hotel di sekitar ibu negara untuk berjumpa beberapa individu berpengaruh.

“Semasa pertemuan dengan ‘Mr H’ saya telah diberitahu kononnya beliau mendapat info daripada pihak tertentu bahawa Datuk Agus terlibat dalam aktiviti tidak bermoral,’’ katanya.

Raja Petra malam tadi menerusi platform X, yang dulu dikenali sebagai Twitter mendakwa Hakim adalah ‘Mr H’. – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related