Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Kemaman saksikan pertembungan MB dan bekas Panglima ATM | Scoop

PRK Kemaman saksikan pertembungan MB dan bekas Panglima ATM

Sebanyak 141,790 pengundi layak mengundi termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional (BN) selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi tadi.

PAS diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar manakala bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan membawa kempen BN pada PRK ini.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 28 November ini manakala 2 Disember adalah hari pengundian.

Sebanyak 141,790 pengundi layak mengundi termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu telah membatalkan kemenangan calon calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506). – 18 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related