KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku antara 16 November hingga 19 November ini.
Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia membabitkan kawasan di Pantai Timur dan Sabah.
Menurutnya, di Kelantan dan Terengganu, Waspada dijangka melanda pada 16 hingga 18 November.
“Di Kelantan, kawasan terbabit adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Manakala di Terengganu, ia membabitkan seluruh negeri berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, di Pahang, Waspada berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November di Jerantut, Kuantan dan Pekan.
“Sabah (pula), di Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat pada 17 hingga 19 November,” katanya
Helmi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.
“Mereka juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” 13 November, 2023