Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi dipilih calon BN kerana berkelayakan, diterima masyarakat | Scoop

PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi dipilih calon BN kerana berkelayakan, diterima masyarakat

Pemilihan bekas Panglima ATM itu turut menonjolkan politik cara baharu digunapakai Umno

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dibuat berdasarkan kelayakan dan penerimaan masyarakat.

Ketua Pemuda BN, Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, pemilihan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) itu juga menyaksikan politik cara baharu digunakan Umno.

“Calon pilihan raya dipilih bukan dalam kalangan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) Bahagian Umno, tetapi dipilih berdasarkan kelayakan dan penerimaan masyarakat.

“Kalau Perikatan Nasional (PN) ada Ahli Parlimen Ketereh sebagai bekas askar, BN bawa masuk bekas Panglima ATM pula ke dalam parlimen insya-Allah,” katanya.

Beliau juga yakin pemilihan itu dapat memastikan politik tanah air diisi dengan ahli yang benar-benar layak untuk diangkat menjadi pemimpin.

“Tahniah Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.

“Pemuda BN akan sedaya upaya berusaha untuk memastikan kemenangan di PRK Kemaman. Kita berusaha, Allah menentukan.

Raja Mohamed Affandi hari ini, diumum sebagai calon BN bagi PRK kawasan berkenaan yang dijadualkan pada 2 Disember depan, dengan penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkannya berkata, ia menyaksikan parti berkenaan pada kali ini, mengetengahkan calon di luar kepimpinan Umno.

Katanya, meskipun BN tidak cukup undi untuk menduduki kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Kemaman bukan kubu kuat PAS.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada PRU-15 kerana didapati wujud unsur rasuah. – 13 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related