Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pegawai dan anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi | Scoop

Pegawai dan anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi

Kesemua mereka berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan Jumaat lepas

6:15 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini membabitkan kerugian lebih RM10,000 baru-baru ini.

Kesemua mereka berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan Jumaat lepas selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki yang juga seorang tukang paip berumur 40 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan semua pegawai dan anggota polis itu pada 10 November lepas dan mereka direman sehari sehingga semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini. – 12 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related