Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengerusi Viva Palestina Dr Musa buat laporan polis, dakwa difitnah akaun palsu menyamar dirinya | Scoop

Pengerusi Viva Palestina Dr Musa buat laporan polis, dakwa difitnah akaun palsu menyamar dirinya

Menurutnya, akaun berkenaan telah menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin telah membuat laporan polis selepas mendakwa difitnah menerusi akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai dirinya.

Menurut Dr Musa, akaun berkenaan telah menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara.

Laporan itu dibuat oleh beliau pada 9 November, jam 9.17 malam di Balai Polis Damansara.

“Saya telah difitnah melalui akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai diri saya dengan penyebaran fitnah sehingga menggugat keselamatan nasional negara Malaysia. Saya telah membuat laporan polis,’’ katanya.

Menerusi laporan polis yang dimuatnaik dalam X, Dr Musa berkata, beliau mendapati terdapat satu akaun TikTok yang menggunakan nama @dr.musa.nordin yang tidak pernah dimilikinya.

Akaun berkenaan, ujar beliau telah menyebarkan berita palsu yang menyatakan mengenai isu perkauman dan keselamatan negara.

“Saya telah difitnah tentang perkara yang disampaikan oleh akaun tersebut. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana risau tentang keselamatan diri, reputasi saya dan negara Malaysia,’’ katanya dalam laporan yang dibuat tersebut. 

Nama Dr Musa hangat diperkatakan sebelum ini susulan kontroversi pada himpunan Freedom for Palestine anjuran bersama VPM yang diadakan di Dataran Merdeka pada 23 Oktober lalu.

Ia susulan dakwaan peserta himpunan itu yang mendakwa mereka diarahkan menurunkan plakad mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selain ada mendakwa digelar “Zionis”.

Berikutan kekecohan itu, Dr Musa memohon maaf dan menegaskan tindakannya untuk tidak menggalakkan perserta melaungkan takbir tidak bermaksud beliau menyekat sepenuhnya ekspresi itu. – 11 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related