Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bajet Selangor: RM16.48 juta teruskan program baucar Jom Shopping sempena perayaan | Scoop

Bajet Selangor: RM16.48 juta teruskan program baucar Jom Shopping sempena perayaan

Syarat pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat ini ditingkatkan daripada bawah RM2,000 sebulan kepada bawah RM3,000 sebulan bagi memberi peluang lebih ramai penerima manfaat bantuan ini

6:30 PM MYT

 

SHAH ALAM – Program bantuan baucar Jom Shopping sempena perayaan akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi program dilaksana sempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali itu, setiap keluarga kurang berkemampuan akan diberikan baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM200.

“Justeru, pada 2024, program ini akan diteruskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang akan disasarkan kepada 82,400 penerima manfaat.

“Bermula 2023, syarat pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat ini ditingkatkan daripada bawah RM2,000 sebulan kepada bawah RM3,000 sebulan bagi memberi peluang lebih ramai penerima manfaat bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Selangor 2024 bertema Selangor Mandiri:Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1 juta bagi program bantuan khas anak instimewa Selangor (ANIS).

“Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak kurang upaya (OKU) 18 tahun ke bawah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak.

“Ianya dapat membantu meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup di waktu kecemasan (makanan tambahan/ubat-ubatan) bagi anak-anak OKU yang ditanggung ibu bapa atau penjaga yang memohon.

Katanya, bantuan khas itu juga dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa atau penjaga anak OKU yang ingin membeli peralatan khas atau mesin bagi tujuan pemulihan anak mereka. – 10 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related