Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Banjir: Sembilan PPS beroperasi di Selangor, Perak | Scoop

Banjir: Sembilan PPS beroperasi di Selangor, Perak

Empat PPS telah dibuka di Perak manakala lima di Selangor setakat jam 8 malam tadi

9:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 8 malam ini.

Di SELANGOR, lima PPS dibuka mulai 3 petang tadi di Daerah Sepang berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Dengkil susulan hujan berterusan.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata 255 mangsa melibatkan 67 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir. 

Katanya jumlah mangsa di dua lagi PPS iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil masih dalam proses kemas kini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara kawasan yang terjejas banjir itu ialah Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai.

Sementara di PERAK, jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 220 orang daripada 64 keluarga berbanding 272 orang daripada 75 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Di Hilir Perak, 53 orang berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 13 orang di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, manakala di Kerian, 97 orang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang berlindung di PPS SK Alor.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong  berada pada tahap bahaya dengan mencatatkan ketinggian 3.96 meter berbanding paras normal iaitu dua meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama pula pada paras berjaga-jaga iaitu masing-masing dengan 13.06 meter dan 11.85 meter berbanding paras normal 10 meter. – 5 November, 2023

Topics

 

Hangat

Sewing up accountability: Khazanah, PNB’s FashionValet losses demand transparency – A. Azim Idris

Public pressure mounts for transparency in the management of the GLCs' funds amid recent investment setbacks

Nga Kor Ming questions ‘strange’ police probe over Christmas celebration

IPOH – Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming confirmed that police have recently recorded his statement in relation to a Christmas celebration organised by his ministry. Nga said officers from the...

The wasted potential that is Port Klang – Ravindran Raman Kutty

Misplaced priorities and plain lackadaisical attitudes kill endless possibilities of port town

Related