Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
6 pasar raya tawar diskaun hingga 40 peratus bagi pengusaha Menu Rahmah | Scoop

6 pasar raya tawar diskaun hingga 40 peratus bagi pengusaha Menu Rahmah

Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pengusaha dan peniaga yang sudah menawarkan Menu Rahmah

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam pasar raya akan menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah menerusi kad diskaun khas.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara senarai barangan ditawarkan untuk diskaun itu termasuk barangan mentah seperti ayam, beras dan barang makanan asas penting.

“Enam pasar raya yang bersetuju terbabit dalam pelaksanaan inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah adalah AEON Big, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin dan NSK.

“Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti ayam, beras dan barang asas makanan yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Kad Diskaun Khas bagi pengusaha Menu Rahmah di Ali Maju Cafe, hari ini.

Menurutnya, permohonan bagi Kad Diskaun Khas itu dibuka hari ini melalui melalui portal https://menurahmah.kpdn.gov.my.

“Inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.

“Kerajaan komited memperluas dan menjayakan lagi program Menu Rahmah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati pilihan makanan di luar dengan harga berpatutan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keutamaan permohonan akan diberikan kepada pengusaha dan peniaga yang sudah menawarkan Menu Rahmah.

“Ketika ini terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu Rahmah di seluruh negara. Kriteria permohonan iaitu peniaga yang berdaftar secara sah dan restoran berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mereka yang sudah menawarkan menu Rahmah akan diberi keutamaan manakala mereka yang baru ingin tawarkan menu juga kita buka untuk mohon.

“Tapi akan ada pemantauan berkala oleh penguatkuasa bagi mereka yang dapat kad diskaun itu antara tiga hingga enam bulan untuk lihat sama ada benar menu Rahmah ditawar di premis mereka,” katanya.

Program Menu Rahmah mula dilaksanakan sejak 31 Januari lalu itu disasarkan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup masa kini di seluruh negara. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related