Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
24 rumah libatkan 74 penduduk terjejas teruk akibat ribut di Pendang | Scoop

24 rumah libatkan 74 penduduk terjejas teruk akibat ribut di Pendang

APM telah menjalankan pemantauan di lokasi kejadian dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan

9:36 AM MYT

 

PENDANG Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat kejadian ribut di Mukim Air Puteh di sini, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang, Yuslina Yusoff berkata kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan bumbung rumah terutama di Taman Sri Delima, Jalan Jenun, diterbangkan angin.

“Sebaik menerima aduan, anggota bertugas bergegas ke lokasi dan mendapati kejadian itu melibatkan 72 mangsa di Taman Sri Delima dan dua di Kampung Pulau Machang.  

“Pemantauan kemudian dilakukan di lokasi kejadian dan didapati tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yuslina berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat.

Beliau berkata ribut turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran Klinik Kesihatan Pendang dan Perumahan Keda Asam Jawa di sini, hingga menghalang lalu lintas. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related