Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polemik usia Lembah Bujang, berapa usia sebenar tapak purba ini? | Scoop

Polemik usia Lembah Bujang, berapa usia sebenar tapak purba ini?

Ahli akademik berselisih pandangan tentang tamadun tertua

10:38 AM MYT

 

MERBOK – Adakah tapak tamadun tertua di Malaysia, iaitu Lembah Bujang, berusia 3,000 tahun atau 2,000 tahun?

Ini kerana naratif Lembah Bujang wujud pada 788 SM (sebelum masihi) sedangkan hasil penemuan awal arkeologi menunjukkan bahawa tamadun terbabit wujud antara abad ke-2 dan 10 masihi.

Dua pakar arkeologi tempatan telah mengemukakan hasil penemuan yang berbeza bagi menguatkan dakwaan tersebut.

Naratif kewujudan Lembah Bujang pada 788 SM itu dinyatakan oleh Profesor Datuk Mokhtar Saidin, yang dulunya adalah penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (CGAR) Universiti Sains Malaysia (USM).

Mokhtar, kini telah bersara, dan hasil pemetaan yang dijalankan di kawasan Lembah Bujang sejak 2008, telah membawa kepada penemuan industri peleburan besi besar-besaran serta bandar pelabuhan purba Sg Batu.

Naratif beliau menunjukkan bahawa Sg Batu wujud pada 788 SM atau mungkin lebih awal berdasarkan teks kuno dan sampel karbon.

Hasil pemetaan yang dijalankan Datuk Mokhtar Saidin hasil pemetaan yang dijalankan di kawasan Lembah Bujang sejak 2008, telah membawa kepada penemuan industri peleburan besi besar-besaran serta bandar pelabuhan purba Sg Batu. – Maria J. Dass, Scoop, 2 November, 2023

Mengikut naratif ini, Kedah Purba adalah tamadun tertua di Asia Tenggara, mungkin lebih awal dari Borobudur di Jawa yang wujud antara abad ke-8 dan 9 masihi serta Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada awal abad ke-12 masihi.

Sg Batu terletak di Lembah Bujang, yang merupakan sebahagian daripada tamadun Kedah Purba yang lebih besar. Sehingga kini sebanyak 97 tapak arkeologi telah ditemui di Lembah yang terletak di kaki Gunung. Daripada jumlah berkenaan, 54 tapak telah digali.

Dr Nasha Rodziadi Khaw menerangkan mengenai penemuan di Sg Batu. – Maria J. Dass/Scoop, 2 November, 2023

Namun pada 2019, bekas pelajar Mokhtar, yang kini merupakan ahli arkeologi dan pensyarah kanan di CGAR, Dr Nasha Rodziadi Khaw menjalankan analisis dan mendapati majoriti sampel yang diambil di tapak peleburan besi Sg Batu adalah antara 2 dan 10 masihi.

Nasha juga berkeras bahawa penemuannya, yang diperolehi menerusi kaedah Bayesian Chronological Modelling merekodkan bahawa Lembah Bujang wujud antara tempoh berkenaan.

“Ini adalah penemuan yang boleh dipercayai,” kata Nasha sambil menambah beliau terbuka jika ada yang mengemukakan bukti baharu pada masa depan.

Ketika ini, baik Mokhtar atau Nasha, kedua-duanya berpegang dengan penemuan masing-masing.

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah di Malaysia dan perlu dipelihara sebaik-baiknya. – Maria J. Dass/Scoop, 2 November, 2023

Namun agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia akan menggunakan penemuan rasmi yang disokong oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).

Dalam jawapan bertulis kepada Scoop berhubung pendirian jabatan itu, pengarah bahagian Arkeologi JWN, Zaharudin Abu berkata: “Naratif sejarah di negara ini tidak statik, ia bersifat dinamik dan ini termasuk polemik melibatkan Kedah Purba.’’

“Penyelidikan lanjut dan penemuan yang lebih terkini boleh mencabar teori-teori sedia ada.”

Beliau menambah: “Sehingga kini, tarikh Sg Batu secara rasmi telah disahkan oleh Pusat Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (PPAG USM), seperti yang dinyatakan oleh Dr Nasha Rodziadi Khaw adalah antara 2 dan 5 masihi.”

Bagaimanapun, katanya, ia terbuka untuk dibahaskan, perbincangan serta penyelidikan lanjut pada masa depan, katanya sambil menambah bahawa pendapat antara Dr Nasha dan Prof Mokhtar adalah secara professional.

Zaharudin menambah pihaknya bercadang untuk menganjurkan seminar melibatkan pakar luar bagi membincang dan membahaskan mengenai polemik tarikh kewujudan Kedah Purba.

Sementara itu, perbezaan berkenaan mendapat perhatian penyelidik dari dalam dan luar negara yang menyarankan lebih banyak penyelidikan tapak dan pengumpulan data dilakukan bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam kes Sg Batu ini, kawasan tersebut pernah menjadi ladang kelapa sawit dan pernah juga dijadikan kebun getah, yang bermaksud struktur tanah telah rosak dan struktur tapak itu telah terganggu.

Sebab itulah, semua pihak perlu berhati-hati apabila mengumpul sampel radiocarbon selain melihat keputusan secara keseluruhan dengan menggunakan banyak sampel dan menentukan usianya berdasarkan kepada keputusan majoriti sampel yang diambil.

Pakar-pakar berkenaan adalah pengarah pemuliharaan seni bina National University of Singapore, Dr Johannes Widodo; pakar dalam perancangan bandar berasaskan komuniti dan pemuliharaan warisan dari Universiti Thammasat, Dr Yongtanit Pimonsathean; Professor Dr Stephen Chia dari CGAR USM; ahli arkeologi lapangan yang membantu penggalian di Sg Batu pada 2009 hingga kerja akhir pada Ogos, 2021, Dr Shaiful Shahidan dan Profesor Madya Dr Asyaari Muhammad yang juga pengarah Jabatan Alam dan Tamadun Melayu UKM.

Profesor John N. Miksic

Yang lain adalah Profesor Emeritus Charles Higham yang merupakan penyelidik di tanah besar Asia Tenggara dari Universiti Otago serta pakar arkeologi dan sejarah purba dari National University of Singapore,Profesor John N. Miksic.

Mereka juga menyarankan supaya pihak terbabit mendapatkan seberapa banyak sampel karbon untuk mendapatkan keputusan yang menyakinkan. Malah kata Miksic, tiada artifak yang boleh didapati pada abad ke-8 SM di tapak Lembah Bujang.

Profesor Emeritus Charles Higham

Manakala Higham pula berkata: “Kita (arkeologi) tidak pernah bergantung kepada sampel ‘terpencil’, dan dalam kes Sg Batu di mana pentarikhan dibuat ke atas radiocarbon dan sampel abu, kita juga perlu mempertimbangkan usia pokok di mana arang dihasilkan.

Profesor Madya Dr Asyaari Muhammad

Sementara Dr Asyaari dari UKM pula berkata seseorang itu tidak boleh membuat kesimpulan berdasarkan satu bukti. Penyelidikan, data dan bukti yang sangat tepat diperlukan untuk menyokong tarikh terbabit.

UKM telah menguruskan tapak Lembah Bujang sehingga 2007 – sebelum USM mengambil alih, dan berdasarkan penemuan kami di di tapak arkeologi Sg MAS, ia lebih tua dari Sg Batu – antara 4 hingga 5 masihi.

Datuk Mokhtar Saidin berkata kerja menggali Kompleks Arkeologi Sg Batu memerlukan dana yang banyak. – Maria J. Dass/Scoop, 2 November, 2023

Sementara itu, Mokhtar ketika mengulas mengenai Lembah Bujang berkata tujuan penyelidikan dijalankan di situ adalah untuk tujuan akademik serta pembelajaran namun bagaimana proses terbabit dapat dijalankan jika tiada usaha dijalankan bagi membangunkan tapak pelancongan arkeologi.

Ketika ditemui Scoop pada bengkel pelancongan arkeologi untuk ejen pelancongan dan media, yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia wilayah utara, beliau berkata apabila tiada aktiviti di tapak arkeologi seperti Kompleks Arkeologi Sg Batu, terdapat risiko ia akan mereput.

Ia memerlukan dana yang banyak untuk menggali tapak terbabit, sambil menambah bahawa penyelidikan termasuk penemuan kapal purba di dalam lumpur yang dulunya sungai hingga ke sebelah barat akibat pergerakan tektonik.

Kerja menggali itu sahaja memerlukan RM30 juta dan berdepan dengan ketidaktentuan sama ada kapal sebenar tertimbus di dalam lumpur.

Lawatan ke Kompleks Arkeologi Sg Batu baru-baru ini. – Maria J. Dass/Scoop, 2 November, 2023

Dalam usaha mengekalkan minat dan momentum di Sg Batu, Mokhtar yang bersara pada 2021, serta sekumpulan bekas rakan sekerja dengan bantuan kerajaan negeri dan geran SDG (Matlamat Pembangunan Mampan) sebanyak RM40,000 dari kerajaan, khemah telah dipasang di luar kompleks tersebut, di mana galeri sementara dikendalikan selain demonstrasi bagi menunjukkan bagaimana peleburan besi dan penghasilan batu batu dilakukan di Sg Batu.

Ditanya kenapa beliau masih mendesak pengurusan tapak yang lebih baik meskipun sudah bersara, Mokhtar berkata:

“Saya rasa tidak cukup dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya mempunyai tanggungjawab kepada negara, dan membawa pelancongan arkeologi ke Sg Batu.’’. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

Related