Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Prestasi Bernas sentiasa dipantau, penilaian ikut KPI ditetapkan dalam perjanjian konsesi | Scoop

Prestasi Bernas sentiasa dipantau, penilaian ikut KPI ditetapkan dalam perjanjian konsesi

Kerajaan telah membuat penambahbaikan dengan menetapkan supaya Bernas melaksanakan 10 obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion

10:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prestasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) selaku pengimport utama beras negara sentiasa dipantau dan diberikan penilaian oleh kerajaan menerusi pencapaian Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan di dalam perjanjian konsesi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu juga berkata dasar monopoli Bernas yang dilaksanakan pada ketika ini juga masih relevan dalam mendepani situasi semasa.

Tambahnya, berbanding perjanjian konsesi sebelum ini, kerajaan telah membuat penambahbaikan dengan menetapkan supaya Bernas melaksanakan 10 obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion.

“Ia meliputi pelbagai program dan insentif di sepanjang rantaian nilai industri bagi tempoh perjanjian konsesi baharu.

“Menerusinya, Bernas bersetuju berkongsi 30% daripada keuntungan bersih syarikat bersama 240,000 pesawah di seluruh negara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai status kedudukan stok beras negara, Mohamad memberitahu jumlah stok bekalan beras sehingga 24 Oktober lalu adalah sebanyak 832,182 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik stokpail kerajaan dan 582,182 tan metrik stok dagangan.

Jumlah ini, katanya mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related