Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Empat individu terlibat kes i-Serve, MYAirline direman | Scoop

Empat individu terlibat kes i-Serve, MYAirline direman

Seorang lagi suspek lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan berumur 40-an yang direman sejak Isnin lepas, disambung reman selama empat hari lagi hingga Isnin depan

6:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat individu yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline, masing-masing direman satu hingga empat hari bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan, berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun.

“Salah seorang daripada wanita terbabit direman empat hari dan seorang lagi tiga hari, manakala salah seorang daripada lelaki terbabit direman tiga hari dan seorang lagi hanya sehari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ramli berkata seorang lagi suspek lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan berumur 40-an yang direman sejak Isnin lepas, disambung reman selama empat hari lagi hingga Isnin depan.

Beliau berkata kesemua suspek berkhidmat di syarkat i-Serve, dengan memegang jawatan pembantu kewanganpengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D), peguam dan pemegang saham.

Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related