Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan: Amirudin | Scoop

Keputusan PRN: Hanya petisyen DUN Gombak Setia dikemukakan: Amirudin

Tiga lagi kerusi yang direncanakan untuk dikemukakan petisyen sama sebelum ini iaitu Dengkil, Sungai Kandis dan Taman Medan tidak diteruskan

5:16 PM MYT

 

SHAH ALAM – Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lepas. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata petisyen itu dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang menyaksikan parti itu tewas dengan hanya 58 undi. 

Bagaimanapun, katanya tiga lagi kerusi yang direncanakan untuk dikemukakan petisyen sama sebelum ini iaitu Dengkil, Sungai Kandis dan Taman Medan tidak diteruskan.

“Saya difahamkan pihak guaman PKR merasakan kes-kes itu (tiga kerusi tersebut) tidak mahu diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30). – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related