Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki ‘bertudung’ intai wanita di tandas pasar raya ditahan | Scoop

Lelaki ‘bertudung’ intai wanita di tandas pasar raya ditahan

Sohaimi berkata, lelaki tempatan itu ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada polis

11:41 AM MYT

 

PASIR GUDANG – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun berkenaan diserahkan orang awam kepada polis. 

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk siasatan lanjut. 

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.

“Sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan seorang lelaki ‘bertudung’ memasuki tandas wanita.

Perbuatannya itu berjaya dikesan lalu ditangkap orang awam dan ‘disoal siasat’ seorang wanita dipercayai mangsa di pasar raya berkenaan. – 23 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related