Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 wanita maut ketika dalam perjalanan pulang dari Muktamar PAS | Scoop

3 wanita maut ketika dalam perjalanan pulang dari Muktamar PAS

Taibah Sulaiman dan Fatihah Nabilah maut di tempat kejadian manakala Najihah Amzi meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital

8:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga perwakilan Muslimat PAS yang dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah, selepas menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-69, maut apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara dekat Behrang pada 2.30 petang tadi.

Muktamar berkenaan diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Menerusi laman X Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mangsa dikenali sebagai Ketua Dewan Muslimat Sungai Petani, Taibah Sulaiman; Ketua Ameerah PAS Sungai Petani, Fatihah Nabilah dan Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat PAS Sungai Petani, Najihah Amzi.

“Moga ahli keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran atas ujian ini. Dijemput Ilahi pada hari Jumaat barakah, Allah SWT pasti memberikan husnul khatimah, ganjaran baik dan mulia buat mereka,” katanya.

Ketiga-tiga wanita tersebut dilanggar sebuah kereta ketika sedang membantu sebuah kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu – Gambar media sosial, 20 Oktober, 2023

Dalam pada itu, Pengerusi Tetap Muktamar, Senator Hussin Ismail berkata, ketiga-tiga wanita tersebut dilanggar sebuah kereta ketika sedang membantu sebuah kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan sebelum itu.

“Mereka melihat sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian berhenti di tepi lebuh raya untuk membantu.

“Bagaimanapun ketika mereka cuba membantu, tiba-tiba dilanggar sebuah kereta lain,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

Jelasnya, Taibah dan Fatihah maut di tempat kejadian manakala Najihah meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related