Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Muktamar PAS: Afnan Hamimi ketua pemuda baharu, Hafez timbalan | Scoop

Muktamar PAS: Afnan Hamimi ketua pemuda baharu, Hafez timbalan

Kedua-duanya menang tanpa bertanding

6:53 PM MYT

 

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS baharu bagi penggal 2023-2025.

Afnan menang tanpa bertanding selepas tiada individu menghantar pencalonan bagi merebut jawatan itu.

Beliau sekali gus menggantikan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan tersebut.

Keputusan itu diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Pusat kali ke-69, Ab Halim Tamuri.

Pertandingan sayap pemuda hanya membabitkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS bagi merebut 12 kerusi dengan menyaksikan 15 calon bertanding – Alif Omar/Scoop, 19 Oktober, 2023

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, Hafez Sabri pula dipilih sebagai timbalan ketua pemuda manakala Muhammad Hanif Jamaluddin, naib ketua pemuda.

Kedua-duanya juga menang tanpa bertanding.

Jawatan timbalan dan naib ketua pemuda PAS sebelum ini disandang Afnan dan Hanafi Zulkapli.

Pertandingan sayap pemuda hanya membabitkan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS bagi merebut 12 kerusi dengan menyaksikan 15 calon bertanding.

Sekitar hari kedua Muktamar PAS Pusat kali ke-69 di Shah Alam hari ini – Alif Omar/Scoop, 19 Oktober, 2023

Mereka yang dipilih adalah Khairul Nadzir Helmi Azhar, Abdul Malik Ab Razak, Wan Abu Bakar Wan Mahussin, Muhd Khidhir Izaidin, Yusof Abdul Hadi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir, Mohd Harun Esa, Muhammad Faizuddin Mohd Zai, Mohd Aizat Zakaria, Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Hendri Hamshah dan Muhammad Afiq Mazlan.

Daripada 12 senarai AJK baharu itu, empat daripadanya muka baharu. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related