Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tak benar serah memorandum, peserta kecewa sikap AS | Scoop

Tak benar serah memorandum, peserta kecewa sikap AS

Berlaku kekecohan selepas peserta dihalang oleh polis daripada memasuki kawasan berkenaan, kira-kira 100 meter daripada kedutaan

11:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peserta perhimpunan bagi memprotes serangan Israel ke atas sebuah hospital di Gaza, kecewa kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerahkan memorandum.

Menurut mereka, berlaku kekecohan selepas peserta dihalang oleh polis daripada memasuki kawasan berkenaan, kira-kira 100 meter daripada kedutaan.

Namun keadaan keadaan kembali tenang selepas polis mengawal keadaan dan meminta semua peserta mengadakan bantahan sehingga jam 10 malam sahaja.

Seorang peserta, Hussein Behesyti Mustafa, 25 berkata, meskipun kesal namun dia menghormati tindakan yang diambil oleh polis yang menjalankan tugas.

“Polis tidak bersalah kerana mereka menerima arahan daripada wakil duta AS agar tidak membenarkan kami untuk serah memorandum. Tindakan ini menjadikan saya bertambah geram dan marah dengan negara terbabit.

Hussein Behesyti Mustafa berkata, meskipun kesal namun dia menghormati tindakan yang diambil oleh polis yang menjalankan tugas – Aiman Sadiq/Scoop, 18 Oktober, 2023

“Kalau ini caranya, kita harap Kerajaan Malaysia memberi pengajaran kepada negara tersebut. Mungkin sudah tiba masanya kita mengabaikan AS dan lebih memfokuskan kepada pelbagai bentuk bantuan kepada Palestin namun saya tahu ia sukar dilaksanakan,” katanya kepada Scoop ketika ditemui malam ini.

Seorang lagi peserta, Syed Abdul Ghani Adam, 45, yang juga seorang pekerja swasta berkata, sikap AS yang tidak melayan suara rakyat Malaysia perlu dihentikan apatah lagi Malaysia tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Syed Abdul Ghani Adam berkata, sikap AS yang tidak melayan suara rakyat Malaysia perlu dihentikan apatah lagi Malaysia tidak mempunyai apa-apa kepentingan – Abdul Razak Latif/Scoop, 18 Oktober, 2023

“Amerika Syarikat tidak kisah terhadap apa dilakukan Israel walaupun secara jelas ia telah melanggar hak asasi manusia serta melanggar peraturan dalam berperang,” katanya.

Sementara itu, pesara kerajaan, Zaini Ahmad memaklumkan dia nekad menyertai himpunan solidariti itu semata-mata untuk memberikan sokongan kepada penduduk Palestin di Gaza yang kini sedang dibedil oleh Israel.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan lebih 3,000 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan zionis di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related