Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis buru lelaki tampar bekas kekasih dalam kereta | Scoop

Polis buru lelaki tampar bekas kekasih dalam kereta

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai menampar seorang gadis di dalam sebuah kereta di Gombak, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang dan klip video berdurasi 22 saat itu telah tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun, berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Noor Ariffin menegaskan, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related