Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Budak 6 tahun ditemukan mati dalam mesin basuh | Scoop

Budak 6 tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut

9:08 AM MYT

 

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan maut di dalam sebuah mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, satu laporan telah diterima pukul 11.44 pagi semalam mengenai insiden itu.

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di sebuah rumah lot dan semasa kejadian, mangsa bersama ahli keluarga berada di dalam rumah tersebut.

“Jam lebih kurang 9.30 pagi, mangsa telah dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedar diri di dalam mesin basuh pakaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.02 pagi. 

Menerusi bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), katanya.

Yahaya menasihati dan memberi peringatan khususnya kepada ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan untuk mengelakkan berlakunya sebarang tragedi tidak diingini. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related