Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Landasan Lapangan Terbang Subang ditutup sementara susulan pesawat TUDM ‘tersasar’ laluan | Scoop

Landasan Lapangan Terbang Subang ditutup sementara susulan pesawat TUDM ‘tersasar’ laluan

Menerusi rakaman video, pesawat itu mendarat dalam keadaan kurang stabil, sebelum tersasar ke kawasan rumput

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Beechcraft King Air didakwa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang hari ini, susulan masalah gear.

Menerusi video berdurasi 34 saat dikongsikan seorang pengguna platform X yang juga Twitter, @abdulazimazhar kelihatan pesawat itu mendarat dalam keadaan kurang stabil, sebelum tersasar ke kawasan rumput sebelum berhenti.

“Pendaratan kecemasan TUDM Beechcraft King Air di Subang (Lapangan Terbang Antarabangsa Subang).

“Satu gear pendaratan (dipercayai) gagal berfungsi,” katanya menerusi keterangan video itu.

Manakala, menerusi kenyataan dikeluarkan Firefly menerusi Facebook, ia memaklumkan landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara.

Katanya, penutupan sementara itu yang turut membabitkan pesawat syarikatnya adalah bagi kerja pemeriksaan dan siasatan keselamatan.

Namun, syarikat itu tidak memperincikan apakah pemeriksaan dan siasatan dilakukan.

Operasi penerbangan di lapangan terbang itu, katanya, djangka disambung semula bermula jam 5 petang hari ini.

Pada masa sama, pihak syraikat itu memohon maaf kepada penumpang berhubung perkara terbabit.

“Penumpang yang dihormati, dimaklumkan bahawa landasan Lapangan Terbang Subang ditutup sementara bagi memudahkan pemeriksaan dan siasatan keselamatan.

“Semua operasi syarikat penerbangan (di sini), termasuk Firefly dijangka disambung semula pada jam 5 petang dan seterusnya.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan itu.

Ketika ini, lapangan terbang itu yang pernah dikenali Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, dilapor menawarkan perkhidmatan beberapa syarikat penerbangan yang melakukan perjalanan di Malaysia dan negara berhampiran. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related