Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Tak adil kata Malaysia enggan hantar tentera ke Palestin, keputusan itu perlu disepakati…’: PM | Scoop

‘Tak adil kata Malaysia enggan hantar tentera ke Palestin, keputusan itu perlu disepakati…’: PM

2:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar tentera Malaysia ke Palestin tidak sepatutnya dikeluarkan mana-mana pihak.

Perdana Menteri berkata, ia kerana keputusan untuk menghantar tentera Malaysia ke negara berkenaan, tidak boleh dibuat dengan mudah, sebaliknya perlu disepakati negara jiran.

Katanya, jika persepakatan itu tidak dilaksanakan, ia menyebabkan pesawat negara ini tidak boleh mendarat bagi misi kemanusiaan.

“Sebarang tindakan menghantar tentera Malaysia ke Palestin, termasuk bagi menjalankan misi pendamai, keamanan atau koridor kemanusiaan, perlu disepakati negara jiran terlebih dahulu.

“Ada yang di Malaysia menyatakan kita enggan hantar pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan adalah tidak adil untuk mana-mana pihak dalam penyampaian mesej mereka, tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini.

“Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah. Jadi saya minta harus ada kefahaman, jangan kelirukan rakyat,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi penerangan berhubung perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan Rakyat, hari ini.

Justeru, beliau meminta semua rakyat dan komuniti ummah bersama-sama mendoakan keselamatan penduduk di Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.

Sehingga kira-kira jam 9 pagi tadi, media melaporkan, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara di Gaza meningkat kepada 2,670 sejak peperangan meletus Sabtu lalu, seperti dimaklumkan Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

Menurut kenyataannya, kementerian itu berkata, 750 kanak-kanak antara yang maut, manakala laporan Anadolu memaklumkan, jumlah cedera meningkat kepada 9,600 orang.

Lebih 470,000 orang dilaporkan kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara, manakala kesesakan, kekurangan bekalan elektrik dan air menyebabkan penularan penyakit berjangkit.

Peperangan itu menyaksikan Israel melancarkan ketenteraan berterusan terhadap Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas terhadap serangan tentera Hamas, Palestin.

Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa terhadap Israel, iaitu serangan mengejut pelbagai serampang, termasuk menggunakan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut serta udara.

Tentera Hamas berkata, serangan itu sebagai membalas serbuan terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, selain keganasan peneroka Israel yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Lebih menyedihkan, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan, Semenanjung Gaza berdepan ‘bencana manusia’ paling dahsyat susulan serangan Israel ke atas wilayah itu.

Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, ia berikutan Semenanjung Gaza kini disekat daripada kemudahan asas, termasuk makanan dan bahan api sejak lapan hari lalu. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related