Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar tegur penjawat awam membazir, ‘guna elektrik pejabat macam ayah sendiri bayar’ | Scoop

Anwar tegur penjawat awam membazir, ‘guna elektrik pejabat macam ayah sendiri bayar’

Katanya, ia adalah dana awam dan bukan wang sendiri, malah pembaziran itu jika dapat dielakkan mampu menampung keperluan rakyat dalam banyak perkara

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penjawat awam diminta membudayakan sikap berjimat dan tidak membazir dalam penggunaan barangan serta harta pejabat kerana ia adalah dana awam, bukan ‘wang mereka sendiri’, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, sebagai contoh golongan itu tidak sepatutnya menggunakan elektrik seolah-olah ‘ayah mereka yang bayar’.

Katanya, pembaziran tidak bermaksud apabila ia membabitkan penggunaan barangan atau fasiliti dalam jumlah besar, sebaliknya apa sahaja yang digunakan secara ‘melampau’ atau melebihi keperluan sebenar.

“Membazir ini kita selalu lihat yang besar-besar, kita lupa cara kita guna eletrik pejabat, macam ayah kita yang bayar. 

“Cara guna pen…pen ketua jabatan lima, KSU sepuluh, KSN 12, menteri 15, Perdana Menteri 20.

“Ini bermaksud kita kena baiki penggunaan dana awam,” katanya pada Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Anwar berkata, sekiranya pembaziran dapat dielakkan, ia mampu memberi kewangan tambahan kepada kerajaan yang boleh digunakan bagi menampung keperluan banyak perkara untuk rakyat.

“Pembaziran beri kesan imperatif kepada ekonomi, tapi kita sebagai orang Islam dalam kerajaan Madani dan bercakap soal nilai, membazir itu ikhwan syayathin (saudara syaitan), dia (bunyi) keras, penegasan seperti juga bila saya bicara soal kemiskinan.

“Nilai yang tercerna daripada keyakinan agama bahawa orang yang mengkhianati amanah kepada anak yatim atau miskin itu orang yang mendustakan agama. Begitu juga orang membazir,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, keperluan untuk penjawat awam berjimat itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

“Masa saya Menteri Kewangan dulu di Jalan Duta, saya ingat lagi masa perhimpunan kita di luar, kita nampak bangunan itu lampu masih ada, saya minta ketua jabatan pergi tutup lampu.

“Ia bukan duit anda, ia dana awam dan (soal) ini ketua audit setuju dengan saya 100 peratus.

“Jadi saya harap hal ini kalau boleh kita mulakan sebagai satu budaya kerana kalau pembaziran itu dapat kita elakkan, banyak hal dapat kita lakukan (dengan penjimatan),” katanya. – 16 Oktober, 2023 -ends-

Topics

 

Hangat

Related