Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tindakan McDonald’s di Israel tidak cermin amalan McDonald’s Malaysia | Scoop

Tindakan McDonald’s di Israel tidak cermin amalan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia berkata adalah penting untuk menjelaskan bahawa keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Tindakan restoran makanan segera Mcdonald’s Israel memberi makanan percuma kepada warga Israel adalah tindakan persendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan McDonald’s Malaysia.

Dalam satu kenyataan, McDonald’s Malaysia berkata adalah penting untuk menjelaskan bahawa ia adalah pasaran bebas, bermaksud keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh kepada tindakan individu, ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan yang lain,’’ kata McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) dalam kenyataan hari ini.

“Sehingga 2023, kami telah membayar lebih RM12 juta zakat kepada 14 negeri di Malaysia, membantu golongan kurang berkemampuan,’’ katanya.

McDonald’s Israel sebelum ini memaklumkan ia telah menyumbang 4,000 pek makanan setiap hari kepada tentera dan orang awam.

Tawaran diskaun 50 peratus turut ditawarkan kepada tentera Israel yang mengunjungi restoran makanan segera berkenaan.

Selain itu, McDonald’s di beberapa negara lain seperti Turki, Pakistan, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar turut mengumumkan pendirian politik mereka dan menyokong Palestin.

Sehingga petang ini, seramai 2,329 penduduk Palestin termasuk 724 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel.

Manakala 1.1 juta penduduk di utara Gaza telah diarahkan berpindah ke selatan oleh rejim Zionis, dalam masa 24 jam, bermula Jumaat lalu. – 15 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related