Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bajet 2024: RM2.4 bilion bina, selenggara dan baik pulih kuarters | Scoop

Bajet 2024: RM2.4 bilion bina, selenggara dan baik pulih kuarters

Tahun hadapan, Pasukan STAR diberi tanggungjawab untuk mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif membabitkan peruntukan RM91 juta dan kuarters Kerajaan, RM170 juta

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntuk RM2.4 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, dalam menggerakkan agenda reformasi, Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara telah berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah dan klinik daif.

“Tahun hadapan, Pasukan STAR diberi tanggungjawab untuk mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif membabitkan peruntukan RM91 juta dan kuarters Kerajaan, RM170 juta,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 di Parlimen hari ini. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related