Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekalan air pulih sepenuhnya di Kuala Lumpur, Petaling dan Shah Alam | Scoop

Bekalan air pulih sepenuhnya di Kuala Lumpur, Petaling dan Shah Alam

Memetik kenyataan Air Selangor, bekalan air terawat bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna

11:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua kawasan terjejas di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang terjejas sejak kelmarin, pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah malam, Khamis.

Memetik kenyataan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), bekalan air terawat bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna.

Bagaimanapun, katanya, kawasan seperti Bandar Baru Sri Petaling, Bukit Jalil, Cheras dan Alam Damai masih mengalami gangguan bekalan air dengan status pemulihan sudah mencapai 33.92 peratus.

Menurutnya, gangguan bekalan air di kawasan terjejas berpunca daripada operasi henti tugas sementara empat Loji Rawatan Air (LRA), berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor.

Empat loji itu adalah Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan LRA Rantau Panjang.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=738951324938846&set=pcb.738951404938838

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung bekalan air menerusi saluran komunikasi rasmi, seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X. Mereka juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related