Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
RUU luas keanggotaan wakil Sabah dan Sarawak dalam LHDNM diluluskan | Scoop

RUU luas keanggotaan wakil Sabah dan Sarawak dalam LHDNM diluluskan

Pindaan RUU itu juga dibuat sejajar memenuhi aspirasi Perjanjian Malaysia 1963 supaya dilantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan LHDNM

8:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) (Pindaan) 2023 bertujuan meluaskan keanggotaan Lembaga LHDNM dengan menambah wakil kerajaan dari Sabah dan Sarawak.

RUU berkenaan telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan dan ia bertujuan memastikan isu-isu percukaian melibatkan kedua-dua negeri berkenaan dapat ditangani dengan sewajarnya.

“Tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang menyatakan keperluan agar wakil kerajaan negeri tersebut dilantik sebagai anggota LHDNM bagi mengalakkan pengurusan percukaian yang objektif dan bebas selain berusaha mengadaptasi amalan tadbir urus terbaik global seperti yang ditetapkan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Pindaan RUU itu juga dibuat sejajar memenuhi aspirasi Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963 – MA63) supaya dilantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam keanggotaan LHDNM.

“Pindaan ini juga untuk memastikan keanggotaan Lembaga LHDNM seimbang dengan tadbir urus korporat terbaik yang menerapkan nilai semak dan imbang (check and balance) selaras dengan amalan terbaik di peringkat global.

“Selain itu, untuk mengoptimumkan pendapatan pelaburan serta memperkemas fungsi pelaburan LHDNM iaitu dengan meluaskan kuasa pelaburan melalui penyimpanan wang ke dalam mana-mana bank atau institusi kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759), Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2022 (Akta 618) dan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

“Semoga dengan pindaan ini, LHDNM akan dapat memainkan peranan jitu dalam menyumbang kepada pertambahan hasil negara,” katanya.

RUU berkaitan telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 8 Jun lalu. – 11 Oktober,2023

Topics

 

Hangat

Related