Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mahkamah tolak permohonan MAIPs jaga kebajikan tiga remaja | Scoop

Mahkamah tolak permohonan MAIPs jaga kebajikan tiga remaja

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mendapatkan perintah jagaan ke atas tiga anak mualaf kepada seorang wanita, Loh Siew Hong yang memeluk Islam secara sepihak pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata, beliau mendapati MAIPs gagal membuktikan kes dalam permohonan agensi itu dan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai justifikasi yang sah atau munasabah.

Beliau memaklumkan, berdasarkan pengalaman traumatik dialami kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun itu, permohonan MAIPs bukanlah demi kepentingan terbaik kanak-kanak berkenaan.

Hayatul Akmal juga memutuskan tiada perintah mengenai kos.

MAIPs sentiasa memikul tanggungjawab keagamaan ke atas anak-anak terbabit, termasuk memudahkan kehadiran mereka ketika solat Jumaat, menyediakan bantuan zakat dan menampung perbelanjaan mereka yang membabitkan pendidikan, keperluan asas serta kebajikan.

Permohonan itu difailkan pada 7 Mac tahun lalu – 11 Oktober 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related