Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Anwar, PM Thailand Srettha adakan pertemuan empat mata | Scoop

Anwar, PM Thailand Srettha adakan pertemuan empat mata

Srettha dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini

4:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin di sini, untuk berbincang mengenai usaha meningkatkan hubungan dua hala.

Ketibaan Srettha pada pukul 2.55 petang di bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri disambut oleh Anwar, sebelum kedua-dua pemimpin terus ke tingkat empat untuk memulakan perbincangan.

Perbincangan mereka dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Thailand yang telah lama terjalin, sebagai negara yang berjiran dan negara anggota ASEAN.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 Sept.

Anwar dan Srettha sebelum ini pernah mengadakan pertemuan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York bulan lepas.

Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (US$27.75 bilion), peningkatan 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (US$23.54) pada 2021. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related