Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kucing punca tumpahan cecair kimia | Scoop

Kucing punca tumpahan cecair kimia

Kucing itu dikatakan menyelinap ke dalam makmal dan menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal

10:41 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Makmal Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang Gelugor di sini terpaksa dikosongkan petang tadi susulan berlaku tumpahan cecair kimia yang berpunca daripada seekor kucing.

Kucing itu dikatakan menyelinap ke dalam makmal dan menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fauzian Izzuan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan menggerakkan 16 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada BBP Bayan Baru ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian anggota dapati terdapat tumpahan bahan kimia jenis sodium dehidrogen kuantiti 10 botol dengan jumlah keseluruhan 500 milimeter telah pecah di dalam bilik makmal berkeluasan 10×10 kaki persegi. 

“Kita mengambil tindakan awal dengan mengosongkan bangunan berkenaan bagi membolehkan pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja nyah cemar bahan kimia tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.47 petang, katanya. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related