Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Banjir kilat landa ibu kota, Kampung Periok antara yang terlibat | Scoop

Banjir kilat landa ibu kota, Kampung Periok antara yang terlibat

Selain itu perkongsian Jabatan Penerangan Kuala Lumpur mendapati beberapa jalan di ibu kota yang dinaiki air akibat banjir kilat menyebabkan pergerakan trafik perlahan

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hujan lebat hampir sejam petang tadi menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di ibu kota.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan antara kawasan yang terbabit dilanda banjir kilat ialah Kampung Periok di Chow Kit di sini.

Menerusi perkongsian gambar di Facebook, pihak terbabit turut menyelamat seorang warga emas yang berkerusi roda selepas kediamannya dinaiki air.

Namun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak terbabit berkait jumlah mangsa di kampung terbabit yang dipindahkan.

Selain itu perkongsian Jabatan Penerangan Kuala Lumpur mendapati beberapa jalan di ibu kota yang dinaiki air akibat banjir kilat menyebabkan pergerakan trafik perlahan.

Antara jalan terbabit adalah Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Lebuhraya KL – Seremban, Jalan Damansara, Jalan Syed Putra, Jalan Ampang, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Pahang. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related