Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM tak perakui pihak tubuh parti politik baharu | Scoop

PM tak perakui pihak tubuh parti politik baharu

Tindakan sedemikian amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Menerusi kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahguna nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related