Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin - PM | Scoop

Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin – PM

Terdahulu, Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Di sebalik ketidakadilan segelintir masyarakat dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata, terdapat masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin.

“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti. Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa tidak bersalah menjadi mangsa korban.

“Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Malaysia menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza.

Justeru, Malaysia juga menekankan keperluan untuk menghentikan segera kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan.

Kenyataan Kementerian Luar pada Ahad memaklumkan, Malaysia menggesa semua pihak yang terbabit bersikap penuh kawalan diri dan berusaha mengurangkan ketegangan.

Malah, Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar, bagi menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Peningkatan keganasan itu berikutan serangan mengejut oleh Hamas pada awal Sabtu, membabitkan puluhan pejuang yang menyusup masuk ke bandar Israel, berhampiran enklaf di tengah-tengah tembakan hebat roket, lapor Agensi Anadolu (AA) sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Israel berkata, sekurang-kurangnya 300 rakyat Israel terbunuh dan lebih 1,500 cedera dalam serangan itu. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related