Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bayi lapan bulan maut tertinggal 10 jam dalam kereta | Scoop

Bayi lapan bulan maut tertinggal 10 jam dalam kereta

Hasil siasatan awal mendapati, ibu mangsa meletakkannya di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska, namun terus memandu ke tempat kerja

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bahawa seorang bayi perempuan berumur lapan bulan meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam dalam kereta, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, terdahulu, pada jam 5.53 petang, Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras menerima seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam keadaaan tidak sedarkan diri dari tempat parkir hospital itu.

“Hasil siasatan awal mendapati pada lebih kurang 7.20 pagi, ibu mangsa meletakkannya di bahagian belakang penumpang sebelah kiri dalam motokarnya untuk dihantar ke taska.

“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu motokarnya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah pun dihantar ke taska,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, ibu mangsa hanya menyedari mangsa masih berada dalam kereta pada petang hari sama, selepas dimaklumkan suaminya bahawa anak mereka tidak dihantar ke taska.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari sama. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, mereka boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, ibu mangsa yang berumur lingkungan 30-an bertugas sebagai doktor di hospital berkenaan.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik terbabit, disahkan meninggal dunia akibat tertinggal dalam kereta itu.

Semalam, seorang pengguna media sosial yang juga jururawat, dilaporkan berkongsi kisah sedih itu menerusi ciapan di platform X, dengan memaklumkan pegawai perubatan berusaha menyelamatkan nyawa bayi terbabit, namun gagal.

“Bayi dah biru. Bawa ke kecemasan, CPR (proses bantuan pernafasan) semua. Bayi memang dah meninggal. Allahuakhbar.

“Dengan keadaan sudah membiru, mereka cuba melakukan segala usaha untuk menyelamatkan, namun begitu Allah lebih menyayangi si kecil tersebut,” menurut pengguna itu. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related