Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mais tarik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi | Scoop

Mais tarik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi

Menurut surat yang bertarikh 3 Oktober itu, penarikan balik tauliah mengajar Abdullah di Selangor itu berkuat kuasa 27 September lalu

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar penceramah terkenal tanah air, Ustaz Abdullah Khairi.

Makluman penarikan balik melalui satu surat Mais itu dikongsikan penceramah bebas berkenaan satu hantaran di media sosialnya hari ini.

“Alhamdulillah! Ala kuli halin…Selangor dah bye bye …!!,” tulis Ustaz Abdullah Khairi secara ringkas.

Menurut surat yang bertarikh 3 Oktober itu, penarikan balik tauliah mengajar Abdullah di Selangor itu berkuat kuasa 27 September lalu.

Jelas surat itu, ia diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Mais yang bersidang juga pada 27 September.

“Sehubungan itu, pihak tuan juga hendaklah terhenti daripada menjalankan apa-apa ceramah umum atau mengajar apa-apa perkara tentang agama Islam dalam negeri Selangor dari tarikh kuat kuasa penarikan tauliah.

“Pihak Tuan juga dikehendaki menyerahkan Kad Identiti Tauliah kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini,” menurut Mais.

Tambah surat itu, jika didapati menyampaikan ceramah selepas penarikan tauliah, penceramah terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related