Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PRK Pelangai: PN sandar harapan pada golongan muda | Scoop

PRK Pelangai: PN sandar harapan pada golongan muda

Keyakinan berkenaan adalah berdasarkan kepada trend pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun yang kini sudah mula menunjukkan sokongan terhadap parti tersebut sejak kebelakangan ini

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) yakin pengundi muda akan memberikan sokongan kepada parti berkenaan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Sabtu ini.

Menurut pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, keyakinan berkenaan adalah berdasarkan kepada trend pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun yang kini sudah mula menunjukkan sokongan terhadap parti tersebut sejak kebelakangan ini.

“Kita (PN) mempunyai peluang besar untuk menang, PRK Pelangai ada lebih daripada 16,400 pengundi dan separuh daripada itu adalah golongan pengundi berusia 18 hingga 40 tahun.

“Pengundi (muda) pada PRU (Pilihan Raya Umum) yang lepas, yang tidak menyokong kita (PN) sekarang sudah mula menunjukkan sokongan.

“Sokongan mereka ini kita lihat sejak pilihan raya enam negeri sebelum ini dan Insya-Allah ia akan berterusan sampai ke Pelangai,” katanya pada Ceramah Perdana ‘Pelangai Bersedia Berubah’ di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang, malam tadi.

PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandang DUN berkenaan, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat Elmina, di Shah Alam, Ogos lalu.

Pada PRU-15 lalu, Allahyarham menewaskan calon PN, Kasim Samat dengan majoriti 4,048 undi.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika beliau menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, beliau telah melakukan jualan rakyat di seluruh negara.

“Saya jual murah barang-barang keperluan asas dan ia boleh dilakukan,’’ katanya.

Sementara itu, pecutan akhir kempen PN akan dibantu dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi ceramah grand finale pada malam esok. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related