Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mesyuarat Kabinet tidak bincang rombakan, jawatan: Mohamed Khaled | Scoop

Mesyuarat Kabinet tidak bincang rombakan, jawatan: Mohamed Khaled

Semalam perdana menteri telah menafikan dakwaan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan berlaku hari ini

7:48 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak membincangkan apa-apa perkara mengenai jawatan atau rombakan Kabinet, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kabinet tidak ada bincang apa-apa mengenai jawatan, tak adalah (rombakan). Dah habis (mesyuarat). Saya di sini kan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika ditanya media mengenai ura-ura rombakan Kabinet akan berlaku.

Semalam Anwar juga telah menafikan dakwaan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan berlaku hari ini.

Sebelum itu sebuah portal melaporkan Anwar dijangka mengumumkan rombakan Kabinet hari ini sejurus mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.

Mohamed Khaled berkata mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan mengenai penubuhan Kursi Tun Dr Ismail di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti diumumkan perdana menteri pada Ogos lepas.

Beliau berkata Kursi bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan Tun Dr Ismail Abdul Rahman kepada kemajuan negara itu akan bermula bulan depan dengan memfokuskan kepada perpaduan dan etnisiti dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Tun Dr Ismail disifatkan sebagai figura perpaduan negara dan merupakan antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berhadapan dengan peristiwa hitam, 13 Mei 1969.

Allahyarham adalah timbalan perdana menteri semasa pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein daripada tahun 1971 hingga 1973. – 4 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related