Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Howard setuju nasihat saya agar lebih berhati-hati petik ayat al-Quran: Mohd Na’im | Scoop

Howard setuju nasihat saya agar lebih berhati-hati petik ayat al-Quran: Mohd Na’im

Menurutnya, pertemuan dengan Howard bagi membincangkan isu tersebut disifatkan sebagai sangat membina

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee menerima baik nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berhubung kontroversinya membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran baru-baru ini.

Berkongsi perkara itu di Facebook, Mohd Na’im menyifatkan pertemuan dengan Howard bagi membincangkan isu tersebut sebagai sangat membina dengan persefahaman bahawa Islam wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.

“YB (Yang Berhormat) Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat Al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” katanya.

Pertemuan Mohd Na’im dengan Howard yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berlangsung di Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi.

Sebelum ini, Howard tampil memohon maaf susulan kontoversi membuat tafsiran sendiri ayat Al-Quran.

Howard membuat permohonan maaf menerusi sidang media yang dibuat di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur pada 26 September lalu, selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related