Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keputusan SPM ulangan 2023 12 Oktober ini | Scoop

Keputusan SPM ulangan 2023 12 Oktober ini

Seramai 8,586 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober ini.

Menurutnya, seramai 8,586 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

“Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KPM berkata, sistem tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober sehingga 6 petang pada 18 Oktober. – 2 Oktober, 2023 

Topics

 

Hangat

Related