Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 | Scoop

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67

Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar setakat ini

9:42 AM MYT

 

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 114 daripada 36 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 daripada 22 keluarga manakala empat daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke rumah masing-masing. 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Related