Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM mesti bebas dari pengaruh eksekutif, tegas PM | Scoop

SPRM mesti bebas dari pengaruh eksekutif, tegas PM

SPRM mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguhkan usaha mencegah gejala rasuah

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas daripada pengaruh eksekutif, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, badan berkenaan mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi mesti memperteguhkan usaha mencegah gejala rasuah.

‘Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, sempena ulang tahun ke-56 SPRM.

Tegas beliau, negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.

“Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” katanya. – 1 Oktober 2023

Topics

 

Hangat

Related