Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Azmin nafi fitnah Guan Eng | Scoop

Azmin nafi fitnah Guan Eng

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau hanya mengkritik kerajaan pada masa itu dan Lim Guan Eng merupakan sebahagian daripada kerajaan berkenaan

8:27 PM MYT

 

PUTRAJAYA  Bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Lunas, Kedah, pada 12 November tahun lepas.

Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman yang difailkan terhadap beliau, Azmin menafikan beliau ada menyebut perkataan “langsi” ketika berucap pada kempen itu dan meletakkan Guan Eng atas beban bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa beliau (Azmin) telah menyatakan perkataan-perkataan berkenaan.

“Defendan menegaskan bahawa defendan tidak pernah berniat untuk memfitnah plaintif, bahkan hanya menyatakan perkara-perkara yang berlaku semasa plaintif bersama-sama defendan menerajui Kerajaan Pakatan Harapan sejak Mei 2018 sehingga March 2020, kata beliau dalam pernyataan pembelaannya yang difaikan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani pada Isnin lalu (25 September, 2023)

Dalam pernyataan pembelaan beliau, Azmin berkata beliau hanya mengkritik kerajaan pada masa itu dan Guan Eng merupakan sebahagian daripada kerajaan berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan yang diguna pakai terhadap beberapa syarikat.

Guan Eng telah memfailkan saman fitnah terhadap Azmin pada 17 April lepas. Beliau mendakwa Azmin telah membuat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam satu majlis di Lunas, Kedah pada 12 November tahun lepas sebelum PRU15 yang dihadiri media yang membuat liputan kempen pilihan raya.

Guan Eng mendakwa Mohamed Azmin membayangkan beliau (Guan Eng) bersikap angkuh, telah menakutkan komuniti perniagaan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 13 November lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata kenyataan menyinggung perasaan yang merujuk secara khusus terhadap dakwaan kelakuannya semasa menjadi Menteri Kewangan telah menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.

Beliau berkata kenyataan itu dalam maksud biasa antara lain mendakwa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan ketika itu dengan menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan yang tidak wajar.

Guan Eng berkata kenyataan itu adalah fitnah yang telah memperlekehkan kedudukan peribadinya dan dalam kapasiti dan profesion rasmi beliau.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta permohonan maaf tanpa syarat daripada Azmin untuk diterbitkan dalam akhbar The Star dan secara dalam talian The Star.

Pada 8 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Sungai Petani telah membenarkan permohonan Guan Eng untuk menyampaikan saman fitnahnya terhadap Azmin melalui perkhidmatan gantian dengan cara menyiarkannya di akhbar.

Perkhidmatan gantian adalah untuk menghantar dokumen dalam litigasi awam dalam bentuk surat, iklan untuk disiarkan dalam akhbar atau apa-apa kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian defendan selepas penyampaian dokumen secara peribadi tidak dapat dilaksanakan. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related