Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Yuran transaksi QR DuitNow: Young Syefura tak setuju, ‘ini beri kesan kepada pengguna, peniaga’ | Scoop

Yuran transaksi QR DuitNow: Young Syefura tak setuju, ‘ini beri kesan kepada pengguna, peniaga’

Beliau menggesa BNM dan Kementerian Kewangan segera campur tangan, dengan menyarankan bank menyerap bayaran yuran transaksi berkenaan

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan isu yuran transaksi QR DuitNow yang akan dikenakan terhadap peniaga dan bakal dilaksanakan bermula 1 November depan.

Young Syefura berkata, tindakan itu disifatkan tidak sealiran tatkala penggunaan cashless (bayaran tanpa tunai) semakin diterima baik pengguna di Malaysia.

“Tindakan operator pengendalian sistem QR DuitNow ini sudah tentu akan membawa kesan kepada pengguna secara tidak langsung. Peniaga sudah pasti tidak lagi mahu menggunakan sistem ini sebagai satu daripada cara pembayaran kepada servis mereka tawarkan.

“Peniaga akan kembali kepada urusniaga tunai dan ia membantutkan usaha menggembangkan penggunaan transaksi cashless,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, tindakan mengenakan yuran transaksi itu juga, bakal memberi kesan terhadap peniaga kecil yang baharu kembali ‘bernafas’ selepas pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan segera campur tangan dalam hal terbabit, dengan menyarankan pihak bank supaya menyerap bayaran yuran transaksi berkenaan.

“Pada hemat saya, pihak bank boleh menyerap bayaran yuran transaksi ini, seperti mana dilakukan selama ini.

“Tiada masalah timbul bahkan pihak bank setiap tahun melaporkan keuntungan berlipat kali ganda walaupun menanggung kos perkhidmatan ini,” katanya.

Hari ini, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), mengesahkan caj yuran transaksi akan digunakan kepada pengguna yang menerima pembayaran menerusi aplikasi berkenaan bermula 1 November depan. – 28 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related