Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda: Fahmi  | Scoop

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda: Fahmi 

Ia penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara

11:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Membudayakan amalan berbahas atau berdebat secara beradab adalah satu keperluan buat golongan muda ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini penting kerana perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

“Selain itu, ia penting untuk kesinambungan budaya demokrasi berparlimen dalam negara, jadi saya harap acara seperti ini dapat menjadi pencetus semangat untuk meneruskan budaya (demokrasi),” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah bagi Kejohanan Debat Parlimen British Asia (ABP) 2023 di sini malam ini.

Beliau berkata di Malaysia, sudah wujud beberapa platfrom untuk anak muda melontarkan idea dengan hujah bernas berkaitan pembangunan negara antaranya Parlimen Belia Malaysia dan Pidato Perpaduan. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related