Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tanggungjawab saya jaga kepentingan rakyat bukan tauke besar, I don’t care!: Dr Akmal | Scoop

Tanggungjawab saya jaga kepentingan rakyat bukan tauke besar, I don’t care!: Dr Akmal

Menurutnya, adalah lebih baik jika Lian Ker mendiamkan diri sekiranya tidak mengetahui masalah dihadapi rakyat

8:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Salleh enggan ambil peduli jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak pengilang jika gagal mematuhi arahan ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk menyelesaikan kesukaran mereka mendapatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran ketika ini.

“Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah lebih baik diam dari bercakap nampak sangat kurang cerdiknya.

“Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan tauke besar. I don’t care! (Saya tak peduli),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada mantan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyelar tindakannya membuat ugutan membatalkan lesen pengilang sekiranya tidak mahu menjual beras tempatan pada harga ditetapkan kerajaan.

Semalam, Lian Ker menyifatkan tindakan dilakukan Dr Akmal itu sebagai sesuatu yang jelek dan tidak wajar.

Dr Akmal yang juga exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat yang tular sejak kelmarin, menunjukkan beliau melakukan pemeriksaan secara mengejut di dua kilang beras di negeri itu.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak pengilang untuk menjual beras dengan harga yang ditetapkan kerajaan dan jika gagal, pihaknya tidak teragak-agak untuk menarik lesen kilang terbabit.

Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap, saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).

“Kalau you rugi, you cakap dengan saya (saya) sekarang, saya tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).

“Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), saya boleh panggil kerajaan tarik you punya lesen semua,” katanya dalam video tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan jurang harga begitu ketara antara beras tempatan dengan beras import menyebabkan segelintir pembekal dan peruncit tidak berminat memasarkan makanan ruji itu sehingga mencetuskan kekurangan bekalan yang sedang dialami di seluruh negara.

Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan, Khalil Ahmad dilaporkan berkata, ini kerana bagi sekampit beras tempatan dengan berat 10 kilogram (kg) yang dijual pada harga RM26, mereka hanya memperoleh kadar keuntungan sekitar 50 sen.

Katanya, situasi itu membuatkan pemborong dan peruncit lebih berminat memasarkan beras import yang harganya jauh lebih tinggi pada waktu ini. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related