Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bicara Ebit Lew: Dua hari analisis pemacu pena dipercayai mengandungi bahan lucah: Saksi | Scoop

Bicara Ebit Lew: Dua hari analisis pemacu pena dipercayai mengandungi bahan lucah: Saksi

Maklumat itu dikongsi saksi kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew ketika memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini

8:00 PM MYT

 

TENOM – Saksi kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau mengambil masa selama dua hari untuk menganalisis data di dalam pemacu pena yang dipercayai mengandungi bahan berunsur lucah.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata data diperoleh disimpan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan beliau turut menyerahkan laporan berhubung perkara itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan lepas.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama mengenai hasil analisis saksi terhadap barang kes yang diterima pada 9 Dis 2022.

Bagaimanapun, peguam Ram Singh memohon agar keterangan saksi itu berhubung data yang diperoleh daripada pemacu pena dipadam sehingga pembelaan menerima salinannya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu dan memaklumkan Yip boleh disoal semula selepas pembelaan berpeluang meneliti serta mengkaji kandungan pemacu pena dan DVD-R berkenaan.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 9 Jan tahun depan. – 26 September 2023

Topics

 

Hangat

Related