Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pakaian nampak macam Islamik, tapi mulut mencarut: Asyraf | Scoop

Pakaian nampak macam Islamik, tapi mulut mencarut: Asyraf

Dalam tempoh berkempen ini, macam-macam kita akan dengar ceramah mereka yang datang ke sini dengan pakaian nampak macam islamik tapi mulutnya mengeluarkan perkataan mencarut: Sanusi

8:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan jentera parti supaya berkempen dengan menggunakan fakta dan ilmu, bukan carutan, fitnah serta bermain dengan sentimen agama serta perkauman.

Tegasnya, semua pihak harus sentiasa menitik-beratkan soal akhlak dan tata susila ketika berkempen.

“Saya merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan teruslah pertahankan parti ini. Dalam tempoh berkempen ini, macam-macam kita akan dengar ceramah mereka yang datang ke sini dengan pakaian nampak macam islamik tapi mulutnya mengeluarkan perkataan mencarut.

“Ia tidak sesekali menggambarkan akhlak Islam. Saya sebagai Setiausaha Agung (Umno) menasihatkan semua jangan ikut perangai mereka, jangan kita mencarut orang, memfitnah dan mengutuk orang,’’ katanya dalam ucapan kepada jentera parti sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai, Pahang malam tadi.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian Datuk Seri Johari Harun, 53, yang merupakan penyandang bagi DUN itu dalam nahas pesawat di Elmina, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal.

Meskipun Asyraf tidak menyentuh mengenai pemimpin yang mencarut itu, namun baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noh dilaporkan mengeluarkan perkataan yang tidak baik ketika berceramah di Felda Kemasul, pada malam penamaan calon lalu.

Sanusi dilaporkan menyentuh mengenai Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang memetik terjemahan sepotong ayat Al-Quran baru-baru ini.

Sementara itu, Asyraf turut meminta jentera Umno di situ supaya tidak menyerang peribadi sebaliknya bercakap dengan menggunakan fakta.

“Jangan lepas ini dia keluar pula ‘Dr Asyraf ada skandal pulak. Ini style mereka,’’ katanya.

Dalam pada itu, Asyraf yang juga pengerusi Mara berkata turut mengulas mengenai peranan agensi berkenaan yang membantu semua pihak tanpa mengambil kira parti mana yang mereka sokong.

“Bila kita nak hantar ke pelajar ke luar negara, kita tidak bertanya sama ada mereka Umno atau PAS. Masalahnya apabila mereka masuk MRSM, hantar ke luar negara, apabila balik ke sini mereka berucap di sana sini dan beritahu orang bahawa Umno menggadaikan orang Melayu.

“Kalau Umno menggadaikan orang Melayu, sudah lama kita tutup Mara,” katanya. – 26 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related