Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
4 KSU bertukar kementerian berkuat kuasa esok | Scoop

4 KSU bertukar kementerian berkuat kuasa esok

Perkara itu diumumkan KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan hari ini

6:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pusingan kerja dan pelantikan baharu beberapa pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa esok.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata, KSU Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang ditukarkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Seri Isham Ishak yang menggalas tugas sebagai KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), akan memulakan tugas baharu sebagai KSU Kementerian Pertahanan.

KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof pula akan bertugas sebagai KSU Kementerian Perpaduan.

Sementara itu, Datuk Noridah Abdul Karim yang juga KSU Kementerian Perpaduan, akan ditukarkan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

TKSU MITI, Hairil Yahri Yaacob pula dilantik sebagai KSU kementerian itu.

Pada masa sama, Zuki turut menzahirkan ucapan tahniah kepada 5 kakitangan pengurusan tertinggi itu di atas pelantikan tersebut.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan di atas pelantikan ini. Saya percaya dengan kemampuan pegawai dilantik ini untuk terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi dalam menjayakan agenda Malaysia Madani,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related