Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Yang Dipertua PAS Langkawi dipilih sebagai Speaker DUN Kedah | Scoop

Yang Dipertua PAS Langkawi dipilih sebagai Speaker DUN Kedah

Beliau adalah calon tunggal jawatan itu yang namanya dicadangkan Menteri Besar

11:53 AM MYT

 

ALOR SETAR – Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad hari ini dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-15.

Pemilihan beliau itu dibuat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15 yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan Zubir, 60, untuk memegang jawatan itu.

Cadangan terbabit kemudian disokong Adun Merbau Pulas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohamad Azlee Ahmad berkata, disebabkan hanya seorang calon Speaker dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, Zubir diisytiharkan sebagai Speaker DUN Kedah Ke-15.

“…oleh kerana seorang calon saja dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB (Yang Berhormat) Encik Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker DUN Kedah yang ke-15 ini,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Related